Bismillahirrahmanirrahim…
Sebelum itu, marilah kita berisghfar sebentar... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM X3
Assalamualaikum w.b.t.
Orang yang bersyukur membuat syaitan tidak senang duduk hinggakan dia bersumpah kepada Allah SWT : “Aku akan mendatangi mreka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Ðan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka yang bersyukur.” (Surah al-A’raf ayat 16) Alhamdulillah atas izin dan rahmatnya marilah kita sama2 merenung dan bersyukur atas segala nikmat yg telah diberikan kpd kita sama ada secara langsung atau tidak, sama ada kita sedari atau tidak. Insyaallah kita seharusnya merasa hina dan rendah diri apabila kita menyedari betapa bergantungnya kita kepada Allah dalam SETIAP aspek dalam kehidupan kita. Penulis ingin mengajak pembaca-pembaca sekalian untuk merasa selalu diawasi oleh Allah iaitu muraqabah dalam kehidupan kita sehari-hari.
Pertama-tama sekali, penulis ingin memohon maaf kepada pembaca sekalian kerana telah lama membiarkan blog ini 'berhabuk' dan 'bersarang labah-labah'. Tiada alasan yang lebih layak diutarakan melainkan kekhilafan diri penulis sendiri. Asif Jiddan sekali lagi.
Dalam post kali ini, penulis terbuka hati untuk membicarakan sepengetahuan penulis mengenai bab KEIKHLASAN. Mungkin bab ini telah banyak dibicarakan oleh ulama dan cendikiawan, ustaz-ustaz malah dikalangan kader-kader dakwah sekalian. Tetapi masih ada juga segelintir masyarakat gagal memahami makna keikhlasan yang sebenar-benarnya.
Mungkin ada saja yang mengatakan di bibir bahawa mereka ikhlas tetapi di dalam hati tidak,
Mungkin ada saja yang berkelakuan baik tetapi mereka sebenarnya mencari keredhaan dan pujian manusia,
Mungkin ada saja yang rajin membuat sesuatu yang sunat tetapi mereka cuma ingin menunjuk-nunjuk.
Sebagai seorang pelajar dan hamba kepada Sang Khaliq, kita harus memusatkan tujuan kita menimba ilmu itu hanya kerana untuk mengenal Allah itu dengan lebih dekat dan tidak lebih atau kurang dari itu. Kita mengharapkan dengan ilmu yang kita belajar itu, kita akan semakin dekat dekat denganNya dan semakin mengenal akan kebodohan diri selama ini. Apabila niat belajar diletakkan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan atau hanya agar dipandang tinggi oleh masyarakat kelak akan membawa kita kepada penyimpangan dari jalan yang sebenarnya dan bisa menjerumuskan kita dalam kancah SYIRIK di mana kita meletakkan sesuatu selain Allah itu tangga paling atas dalam senarai priority kita dalam hidup. Na'uzubillah. Untuk mencerahkan lagi topik ini penulis teringatkan sebuah kisah yang sering kita dengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Kisah ini ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin.
Seorang lelaki soleh mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Ðengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan bercadang untuk pergi menebang pokok yang menjadi sembahan orang ramai.
Ði pertengahan jalan, dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudahnya dapat mengalahkan syaitan tersebut. Syaitan tidak berpuas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu.
Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan akan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan orang ramai di kampung itu. Lelaki soleh itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah.
Keesokan paginya, bangun sahaja daripada tidur, lelaki soleh itu mendapati ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Ðinar emas tersedia di bawah bantalnya. Tetapi pada hari ketiga, apabila lelaki itu bangun keesokan harinya, dia mendapati tiada dinar emas di bawah bantalnya. Ternyata, syaitan sudah mula menipunya dan lelaki itu berasa sangat marah.
Berang dengan perlakuan syaitan yang menipunya, lelaki soleh itu mencapai kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok simbahan. Ði pertengahan jalan, syaitan yang menyamar itu menghalangnya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah dengan mudahnya. Ðia bangun dan cuba mengalahkan syaitan sekali lagi, tetapi dia tetap kalah. Malah dicubanya kali ketiga, namun dia tetap juga kalah.
Ketika itu dia bertanya kepada dia kalah dan adakah lawannya sudah semakin gagah? Syaitan menjawab, “Engkau kalah kerana kali ini niat kamu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.”
Ya, lelaki itu mengakui dia menjadi lemah kerana niatnya kali ini sudah tidak ikhlas. Terbuktilah bahawa keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.
Itu cerita lama, tetapi masih relevan. Sekarang ini tiada lagi syaitan yang menyamar, sebaliknya wujud syaitan di kalangan manusia sendiri.
Orang yang ikhlas itu kuat azamnya
Apakah yang dapat disimpulkan daripada kisah ini? Orang yang ikhlas itu kuat. Kuat fizikalnya dan kuat juga hatinya, tidak termakan pujukan dan kebal dengan godaan syaitan laknatullah. Oleh itu, pembaca sekalian, marilah kita sama muhasabah diri seketika dengan bertanyakan untuk apa dan untuk siapa kita dedikasikan kehidupan kita di dunia yang fana ini. Letaklah Allah didalam setiap pekerjaan kalian dan nescaya apabila hendak berbuat mungkar, Insyaallah, xakan terjadi kemungkaran tersebut.
Ini adalah peringatan untuk diri penulis sendiri dan kepada pembaca sekalian. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengikhlaskan niat kita untuk sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Allah semata-mata.. Ingatlah seorang da’ie itu sentiasa mencari jalan dan bukannya alasan.
Ya Allah, Yang Pemurah lagi Maha Pengampun, ampunilah dosa hambaMu ini yang selalu saja alpa dan leka akan nikmat yang Engkau berikan. Engkau ampunkanlah dosaku . Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dan umat Islam sejagat. Engkau jauhkanlah kami semua dari api neraka dan masukkanlah kami dalam syurga dengan sifat penyayangMu Ya Allah. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia, fitnah akhirat, fitnah kubur dan juga fitnah al-Masih Dajal laknatullah. Luruskanlah hati kami kepadaMu dan bantulah hati kami yang sering alpa ini untuk sentiasa mengingatiMu Ya Allah. Amin.