Innalhamdulillah nahmaduhu wanasta'iinuhu wanastaghfiruhu wanaa'uzubillah minsyurruru 'anfusinaa waminsayyi'ati 'amaalina mayyahdihillah falah mudhillalah wa man yudhlil falaa haadiyalah, wa asyhadu alla ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Bismillahirrahmanirrahim...
Marilah kita beristighfar sebentar... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM X3
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah atas izin dan rahmatnya dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan, suatu bulan yang sangat2 istimewa dan penuh berkah. Bulan yang senantiasa dinanti-nanti oleh para sahabat Rasulullah SAW, para ulama dan orang2 soleh. Walaupun kita telah menempuh 3 hari dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini, saya ingin berkongsi kepada kawan2 sekalian serba-sedikit mengenai fiqih ibadah yang terkait dalam bulan ini seperti puasa, solat tarawih dan sebagainya.
Puasa merupakan salah satu ibadah yang memiliki rahsia yang besar dan menjanjikan ganjaran yang lumayan dari sisi Allah SWT. Seperti yang telah kita ketahui, ibadah puasa merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan bagi orang2 yang mengaku Muslim atau Muslimah.
Soalan cepumas yang pertama...
Mengapa Anda Berpuasa?
Puasa Ramadhan wajib dilaksanakan dengan dalil dari Qur'an, Sunnah dan Ijma' ulama.
1. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah (2): 183-185
2. Rasulullah SAW bersabda, "Islam dibangun di atas 5 dasar: 1) Syahadat bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah. 2) Mendirikan solat. 3) Membayar zakat. 4) Menunaikan haji ke Baitullah dan 5) Puasa Ramadhan." HR Bukhari (8) dan Muslim (16)
Keutamaan berpuasa
Tujuan kita untuk mengetahui keutamaan berpuasa adalah untuk mengetahui kepentingan sebuah ibadah dan kelebihan-kelebihannya kerana ini akan memberi arah dan semangat dalam menjalankan ibadah tersebut.
Puasa merupakan salah satu ibadah yang memiliki rahsia yang besar dan menjanjikan ganjaran yang lumayan dari sisi Allah SWT. Seperti yang telah kita ketahui, ibadah puasa merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan bagi orang2 yang mengaku Muslim atau Muslimah.
tengok jam berkali-kali... lambatnya lagi waktu berbuka... ^_^ |
Soalan cepumas yang pertama...
Mengapa Anda Berpuasa?
Puasa Ramadhan wajib dilaksanakan dengan dalil dari Qur'an, Sunnah dan Ijma' ulama.
1. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah (2): 183-185
2. Rasulullah SAW bersabda, "Islam dibangun di atas 5 dasar: 1) Syahadat bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah. 2) Mendirikan solat. 3) Membayar zakat. 4) Menunaikan haji ke Baitullah dan 5) Puasa Ramadhan." HR Bukhari (8) dan Muslim (16)
Keutamaan berpuasa
Tujuan kita untuk mengetahui keutamaan berpuasa adalah untuk mengetahui kepentingan sebuah ibadah dan kelebihan-kelebihannya kerana ini akan memberi arah dan semangat dalam menjalankan ibadah tersebut.
- Melatih kesabaran untuk tidak selalu menuruti selera dan hawa nafsu
- Menjernihkan fikiran dari unsur2 negatif
- Memberikan keluasan waktu untuk banyak pekerjaan2 yang positif selain digunakan untuk menyantap makanan dan minuman
- Merehatkan sistem pencernaan dari rutinnya sehingga lebih sihat dan bersih
- Berhak memasuki syurga dari pintu ar-Rayyan. Ini berdasarkan Hadith Rasulullah SAW, "Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang bernama ar-Rayyan. Darinya orang2 yang berpuasa akan masuk syurga di hari Kiamat dan tidak ada seorang pun selain dari mereka memasuki pintu tersebut. Diserukan: 'Dimana orang2 yang berpuasa?' Lalu mereka bangkit dan tidak seorang pun selain dari mereka masuk melalui pintu tersebut. Jika mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup sehingga tidak seorang pun selain mereka yang masuk." HR Bukhari(1896) dan Muslim (1152)
- Mendapat jaminan tidak tersentuh api neraka. Ini berdasarkan Hadith Rasulullah SAW, "Puasa adalah perisai dari api neraka, seperti perisai salah seorang dari kalian dalam peperangan." Shahiihul Jaami' (3879)
Rukun Puasa
1. Berniat
2. al-Imsak, iaitu menahan diri dari yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari
Syarat sah dan Syarat wajib
Syarat dalam ibadah puasa terbahagi kepada 2, iaitu syarat sah dan syarat wajib puasa. Syarat sah merupakan segala ketentuan yang harus dipenuhi agar puasa tersebut dikira sah dan menggugurkan kewajiban sedangkan syarat wajib adalah segala ketentuan yang harus dipenuhi agar tidak melanggar kewajiban. Ok... maybe pening sikit kat sini... So, moral of the story adalah orang yang tidak memenuhi syarat wajib boleh berpuasa dan berpahala bagi yang mengajarkannya dan orang yang belum memenuhi syarat wajib tidak boleh disebut melanggar kewajiban jika tidak berpuasa.
Syarat Sah
1. Beragama Islam
2. Berakal sihat
3. Suci dari Haid dan Nifas bagi wanita
Syarat Wajib
1. Telah baligh
2. Iqamah iaitu menetap di suatu tempat dan bukannya musafir
3. Sihat tubuh badan iaitu mampu menjalankan ibadah puasa tanpa memudaratkan kesihatan dan nyawanya.
Harap dah clear tentang beza syarat sah dan syarat wajib ye... kalau xfaham, drop your comment kat bawah... :)
Hal2 yang MEMBATALKAN PAHALA puasa
1. Berdusta
2. Berkelahi
3. Saling mencela
4. Ghibah (mengumpat)
5. Menonton filem porno
Hal2 yang makruh dalam berpuasa
1. Berkumur-kumur dan beristinsyaq (masukkan air dalam hidung) secara berlebihan ketika berwudhu'
2. Mencium isteri sehingga membangkitkan syahwat
3. Terus-menerus memandang isteri dengan syahwat (kalau perempuan lain, terus haram ye hukumnya... :p)
4. Mengunyah sesuatu, kerana dikhawatirkan airnya akan masuk ke dalam perut
5. Mencicipi makanan
6. Berbekam
Hal2 yang membatalkan puasa
1. Masuknya cairan ke dalam perut melalui hidung, atau mata, atau telinga atau dubur (sebarang rongga badan)
2. Keluar mani dengan sengaja
3. Muntah dengan sengaja
4. Memasukkan sesuatu yang bukan makanan dan bukan minuman ke dalam perut melalui mulut, misalnya menelan batu/ guli. 0.o
5. Murtad
6. Makan atau Minum dengan sengaja tanpa ada alasan yang membolehkannya
7. Berjimak dengan isteri tanpa paksaan
Hal2 nombor 1 hingga 5 membatalkan puasa dan diwajibkan qadha' namun tidak wajib kafarat manakala nombor 6 dan 7 membatalkan puasa, wajib qadha' dan wajib bayar kafarat.
Hal2 mubah(boleh)
1. Siwak sepanjang hari, kecuali menurut Imam Ahmad yang menyatakan makruh bersiwak selepas Zohor.
2. Mandi (tapi jangan lama2 pula...)
3. Makan, minum dan bersetubuh pada malam hari sampai terbit fajar
4. Bermusafir
5. Mengunyah makanan untuk anak kecil dan tidak ada orang lain yang mengunyahkannya untuknya serta makanan tersebut diperlukan oleh anaknya dengan catatan tidak ada yang masuk ke dalam perutnya.
6. Menghirup minyak wangi dan asap makanan
Hal2 sunnah ketika berpuasa
1. Bersahur
2. Melewatkan sahur
3. Mempercepat berbuka
4. Berbuka dengan buah kurma
5. Tidak melakukan maksiat
6. Tidak membazir dalam berbuka
7. Berjemaah tarawih
8. Memperbanyak sedekah
9. Memperbanyak tilawah Qur'an
10. Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan
Demikianlah serba sedikit untuk part 1 Fiqih Puasa kali ini. Semoga bermanfaat dan dapat menambah ilmu saya dan para pembaca sekalian. Nantikan part 2! InsyaAllah... :)
Sumber rujukan:
1. Al-Qur'an Terjemahan
2. Fiqih Sunnah, Jilid 1, Sayyid Sabiq
3. the Pocket Fiqh, Ahmad Bisyri Syakur
4. Tuntunan Praktis Puasa, Tarawih, I'tikaf, Lailatul Qadar dan Zakat Fitrah, Abu Muhammad Ibnu Shalih
No comments:
Post a Comment