Innalhamdulillah nahmaduhu wanasta'iinuhu wanastaghfiruhu wanaa'uzubillah minsyurruru 'anfusinaa waminsayyi'ati 'amaalina mayyahdihillah falah mudhillalah wa man yudhlil falaa haadiyalah, wa asyhadu alla ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Bismillahirrahmanirrahim...
Marilah kita beristighfar sebentar... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM X3
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, Allah SWT telah mengizinkan kita melalui 20 hari dalam bulan Ramadhan dengan jayanya. Diharapkan kepada pembaca sekalian masih bersemangat dalam menjalankan ibadah tanpa rasa jemu dalam bulan olahraga iman ini.
Baru-baru ini, Alhamdulillah saya telah menghabiskan buku the Pocket FIQH yang ditulis oleh Ahmad Bisyri Syakur. Buku ini pada pendapat saya amat baik bagi para pemula dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai waktu untuk mendalami buku Fiqih Sunnah yang tebal atau kitab-kitab yang lain yang sewaktu dengannya. Setebal cuma 315 muka surat, pelbagai topik2 fiqih telah dibahas dengan ringkas dan padat. Antara yang saya nak share kat sini adalah Kaedah Meyakini Awal Ramadhan/ Syawal. Memandangkan dah dekat Syawal, ini merupakan sedikit bingkisan dari ilmu fiqih yang menentukan tarikh bermulanya 1 Ramadhan atau 1 Syawal. Xkan kita selalu tengok pengumuman kat tv/radio tapi tidak timbul rasa ingin tahu bagaimana mereka menentukannya.
Jap, tadi tajuknya 'Awal Ramadhan'? tapi kan dah dekat Syawal skrg...
Lek luu...
Itu merupakan salah satu tajuk kat buku ni... Cuma saya xnak ubah sbb memelihara keaslian sumber rujukan yg saya dapat. (^_^)v
Tapi dun worry, kaedah ini is also applicable untuk meyakini Awalnya Bulan Syawal. :-)
Pembaca sekalian,
Pertama sekali, perlu diberi perhatian akan perbezaan antara menentukan dan meyakini. Tajuk kita adalah 'meyakini', dimana kalimat ini dapat dipakai oleh setiap individu Muslim dalam membuat keputusan untuk dirinya dalam hal ehwal Ramadhan/ Syawal manakala perkataan 'menentukan' hanya layak digunakan oleh pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memberi informasi mengenai datangnya awal Ramadhan/ Syawal. Terdapat dua kaedah untuk menentukan awal Ramadhan/ Syawal iaitu;
Dengan Melihat Hilal (Ru'yat)
"Berpuasalah jika melihatnya (hilal) dan hentikanlah puasa jika melihatnya. Jika terhalang awan, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban itu 30 hari". (HR Bukhari dan Muslim)
Ru'yat bererti melihat, baik melihat dengan mata kepala sendiri atau melihat dengan alat bantuan seperti teleskop dan sebagainya. Oleh sebab itu, jika seorang melihat hilal Ramadhan/Syawal, maka wajib melaporkan kepada pihak kerajaan untuk dijadikan pertimbangan dalam menentukan awal Ramadhan/ Syawal. Kalau dalam konteks Malaysia, pencerapan hilal Ramadhan/ Syawal dibuat di lokasi2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sesuai seperti tanah tinggi yang mempunyai kemudahan untuk mencerap hilal.
Ada 3 prinsip untuk meyakini awal Ramadhan dengan menggunakan kaedah ini*
1. Ikhtilafu al-mathali
Setiap daerah memiliki tempat untuk mencerap hilal (ru'yat) masing2. Oleh sebab itu, xwajib bagi penduduk di suatu daerah untuk mengikuti ru'yat yang diumumkan oleh daerah lain. Sebagai contoh, jika Kerajaan Saudi mengumumkan tentang penampakan hilal hari Khamis dan puasa Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, maka negara lain xwajib mengikuti pengumuman tersebut kerana masing2 negara memiliki tempat untuk mencerap.
2. Wihdatu al-mathali
Seluruh negara di muka bumi hanya memiliki satu ru'yat sahaja.Sebagai contoh, jika Kerajaan Saudi mengumumkan ru'yat telah terjadi pada hari Rabu dan puasa Ramadhan akan dimulai pada hari Khamis, maka seluruh negara di dunia harus mengikutinya kerana tidak ada lagi ru'yat hilal setelah itu.
3. Ikhtilafu al-mathali & Wihdatu al-mathali
Ini adalah pendapat yang cuba menengahi kedua pendapat di atas dimana negara2 di dunia terbahagi kepada dua iaitu negara yang memiliki kesamaan malam dan negara yang berbeza malamnya. (Lain zon waktu, bukan kepanjangan malam itu sendiri). Sebagai contoh, Indonesia, Malaysia dan Arab Saudi memiliki kesamaan malam dan siang, tetapi Malaysia dan Amerika xmemiliki kesamaan malam dan siang. (Di Malaysia siang, tetapi di Amerika malam). So, jika salah satu dari negara tersebut telah bersaksi tentang penampakan hilal, maka negara lain yang sama malam dan siangnya wajib mengikuti persaksian negara tersebut. Sebaliknya, bagi negara yang berbeza malam dan siangnya xwajib mengikuti persaksian tersebut.
Ikrimah, Qasim bin Muhammad, Salim, Ishaq, para ulama Hanafi dan Syafi'i berpendapat, bahawa yang menjadi ukuran bagi penduduk setiap negera itu adalah ru'yat mereka sendiri. Mereka xharus mengikuti ru'yat negara lain berdasarkan hadith yang diriwayatkan Kuraib,
" Aku pergi ke Syam. Saat masuk awal Ramadhan, aku berada disana. Aku melihat hilal pada malam Jumaat. Kemudian akhir Ramadhan, aku pulang ke Madinah. Aku ditanyai oleh Ibnu Abbas. Ia juga menyebut hilal. Ia berkata, 'Bila kalian melihat hilal?' Aku menjawab, 'Kami melihatnya pada malam Jumaat'. Ia bertanya, 'Apakah kamu sendiri melihatnya?' Aku menjawab, 'Ya. Orang-orang juga melihatnya. Maka mereka puasa. Muawiyah juga.' Ia berkata, 'Akan tetapi, kami melihatnya malam Sabtu, maka kami terus berpuasa hingga menyempurnakan bilangan Ramadhan menjadi 30 hari atau hingga melihat hilal Syawal.' Aku bertanya, 'Apakah tidak cukup dengan ru'yat Muawiyah (penduduk Syam) dan puasanya mereka?' Ia menjawab, 'Tidak. Seperti inilah yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada kami.' " (HR Ahmad, Muslim dan Tirmidzi) Tirmidzi berkata, "Hadith ini hasan shahih gharib".
Para ulama meriwayatkan bahawa hadith ini menegaskan bahawa setiap negeri merujuk kepada ru'yatnya sendiri. Dalam kitab Fathul Allam, Syarah Bulughul Maram disebutkan, "Pendapat yang lebih dekat pada kebenaran adalah negeri-negeri yang berada dalam satu garis bujur, bergabung dalam satu ru'yat."
Hisab
Kaedah ini adalah cara terakhir jika hilal xkelihatan untuk meyakini awal bulan Ramadhan/Syawal. Sebagai contoh, pada 29 Ramadhan telah dipastikan hilal xkelihatan di kesemua tempat mencerap di Malaysia, maka kita menghitung dengan menggenapkan bulan Ramadhan menjadi 30 hari. Setelah 30 Ramadhan , dapat dipastikan bahawa esoknya adalah 1 Syawal. Tiada hitungan tanggal 31 dalam bulan Hijriah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawa bulan Hijriah antara 29 dan 30 hari sahaja.
Demikian sahaja entri untuk kali ini. Para pembaca boleh sahaja mecari sumber2 yang lebih terperinci mengenai ini dan juga membaca fatwa2 yang telah dikeluarkan oleh negara2 sekitar seperti Indonesia dan Brunei.
Berikut merupakan link2 yang mungkin berguna dalam bab ini...
JAKIM (e-Falak)
Fatwa Majlis Ulama Indonesia
Semoga bermanfaat. :-)
*Contoh dalam 3 prinsip ini saya cuma ambil untuk awal Ramadhan. Juga boleh digunakan untuk mencontohkan awal Syawal.
hilal = anak bulan
mathala = tempat munculnya hilal (tempat mencerap)
Sumber Rujukan:
1. Fiqih Sunnah, Jilid 1, Sayyid Sabiq

Wajah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia... Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Tapi sekarang dah bersara... :( |

Ru'yat merupakan salah satu kaedah untuk menentukan awal Ramadhan, Syawal dan Dzulhijjah |
Hisab
Kaedah ini adalah cara terakhir jika hilal xkelihatan untuk meyakini awal bulan Ramadhan/Syawal. Sebagai contoh, pada 29 Ramadhan telah dipastikan hilal xkelihatan di kesemua tempat mencerap di Malaysia, maka kita menghitung dengan menggenapkan bulan Ramadhan menjadi 30 hari. Setelah 30 Ramadhan , dapat dipastikan bahawa esoknya adalah 1 Syawal. Tiada hitungan tanggal 31 dalam bulan Hijriah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim bahawa bulan Hijriah antara 29 dan 30 hari sahaja.
Demikian sahaja entri untuk kali ini. Para pembaca boleh sahaja mecari sumber2 yang lebih terperinci mengenai ini dan juga membaca fatwa2 yang telah dikeluarkan oleh negara2 sekitar seperti Indonesia dan Brunei.
Berikut merupakan link2 yang mungkin berguna dalam bab ini...
JAKIM (e-Falak)
Fatwa Majlis Ulama Indonesia
Semoga bermanfaat. :-)
*Contoh dalam 3 prinsip ini saya cuma ambil untuk awal Ramadhan. Juga boleh digunakan untuk mencontohkan awal Syawal.
hilal = anak bulan
mathala = tempat munculnya hilal (tempat mencerap)
Sumber Rujukan:
1. Fiqih Sunnah, Jilid 1, Sayyid Sabiq
2. the Pocket Fiqh, Ahmad Bisyri Syakur
~MW~
~MW~
No comments:
Post a Comment