Innalhamdulillah nahmaduhu wanasta'iinuhu wanastaghfiruhu wanaa'uzubillah minsyurruru 'anfusinaa waminsayyi'ati 'amaalina mayyahdihillah falah mudhillalah wa man yudhlil falaa haadiyalah, wa asyhadu alla ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.
Bismillahirrahmanirrahim...
Marilah kita beristighfar sebentar... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM X3
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah atas izin dan rahmatnya marilah kita sama2 merenung dan bersyukur atas segala nikmat yg telah diberikan kpd kita sama ada secara langsung atau tidak, sama ada kita sedari atau tidak. InsyaAllah untuk entry kali ini, saya tulis cerpen yang xseberapa best ni untuk sama-sama kita mengambil pengajaran yang ada dalamnya. This is the first time ok.So, bagi komen-komen yang membina. Selamat membaca!
******************************************************************************************************
Tepat jam 7.10 pagi, Azwan keluar dari biliknya dan berjalan
menuju ke motornya.
Bruuuummmm….Bruuummmmm… Bruuuummmmm…
Mendengar bunyi ngauman motor itu, Zul lantas keluar dari
biliknya sambil menyumbat roti di mulutnya…
“Astaghfirullah! Cube duduk diam-diam makan tu… Lama lagi ni
nak jalan, tunggu enjin panas dulu. Pi duduk kat kerusi tu.”, tegur
Azwan sambil
menunjuk ke arah kerusi di beranda rumah sewa mereka.
“Alaaa, antum bukan tak tahu, kelas kita 20 minit lagi,
jalan je dah 15 minit, tu tak kira lagi kalau jamm…Malas laa ana nak duduk, cangkung sudah...”, balas
Zul sambil duduk
mencangkung.
"Sape suruh antum tak sarapan awal-awal tadi... Haishh mamat ni... Ade je alasannye...", kata
Azwan .
Itulah kebiasaan mereka berdua sebelum pergi ke kuliah setiap pagi. Setelah enjin motor panas, mereka berdua bergerak menuju ke
kampus.
Setelah habis kuliah, seperti biasa Zul menunggu Azwan di
tempat parkir motor. Tapi kelibat motor Azwan tidak kelihatan. Tiba-tiba bunyi hon kedengaran dari jauh, tiitiiittiiiiiitttt....
“Zul! Sorry aa lambat. Ni tadi ada 'akhwat' minta tolong
hantarkan dia pi bank.”, kata Zul memberi alasan.
“Patut aa takde motor. Akhwat? Pi bank? Bukan dekat je ke? Darurat ke? Tak boleh jalan
kaki ke? Sejak bila pula kita ada urusan ngan akhwat? “, soalan demi soalan bertalu-talu dilontarkan ke Azwan.
Zul mengharapkan Azwan dapat memberikan jawapan yang
munasabah sebagai sebab perbuatannya yang secara terang menyalahi hukum syara’.
Azwan hanya diam dan menoleh ke tempat lain.
“Hang nak naik ke ape?”, pelawa Azwan tanpa menjawab soalan
Zul sebentar tadi. Zul pun naik tanpa banyak bicara.
“Azwan ni nak kene ni… siap ko balik rumah nanti”, kata hati
kecil Zul. (garangnye zul ni... :) )
Setelah sampai di rumah, Zul membiarkan Azwan untuk
beristirehat dulu sebelum membangkitkan isu tadi. Takut-takut kepenatannya
nanti menyebabkan dia tidak dapat menyerap segala ceramah yang akan dilontarkan
nanti.
Setelah solat Isya’ di masjid, keduanya makan di ruang tamu
sambil menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus di laptop Zul.
"Apa hukumnya kita ....", suara Ustaz Azhar kedengaran bergema ke seluruh rumah sewa tersebut.
“Akhi, antum still tak jawab soalan ana tadi”, tanya Zul memecah suasana sambil
merenung tajam ke arah Azwan.
Azwan sedia maklum lambat laun isu itu bakal dibangkitkan
jugak.
“Dia minta tolong laa tadi. Jadi ana pun tolong laa… kan
kita mesti tolong orang”, balasnya sambil cuba menetapkan fokusnya ke arah
laptop.
Zul lantas mem’pause’ ceramah tersebut dan berkata,
“Antum tahu kan itu salah. Dua orang bukan muhrim naik motor
bersama-sama. Dah terang lagi bersuluh. Terang-terang haram laa akhi.”, jelas
Zul dengan nada yang agak serdahana tapi tegas.
Suasan menjadi semakin tegang antara mereka berdua… Azwan
hanya tertunduk dan diam.
“Antum pernah dengar tentang kisah Saidatina ‘Aisyah r.a
difitnah oleh kaum munafik setelah pulang dari Perang Mustaliq ?”, tanya Zul
untuk meredakan ketegangan.
“Haa, pernah tapi x berapa ingat laa akh…” jawab Azwan dengan
nada yang perlahan.
“Ni kena baca dulu Hadith yang panjang yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim. Tapi memandangkan kita takde Kitab Shahih Muslim, ni ada diceritakan
Allah kat Qur’an surah an-Nur ayat 11-20. Habis makan ni antum bawa Qur’an
terjemahan antum ke bilik ana”, jelas Zul.*(lihat bawah)
Azwan mengangguk tanda bersetuju. Zul merupakan senior setahun Azwan tapi mereka tinggal di
rumah yang sama untuk melancarkan lagi agenda dakwah. Seusai makan, Azwan masuk
ke dalam bilik Zul dengan membawa Qur’an terjemahannya dan terus membuka surah
yang dikatakan tadi oleh Zul dan membaca terjemahannya + footnote di bawahnya.
“So, apa kaitan dengan hal tadi?”, tanya Azwan dengan penuh
tanda tanya selepas membaca terjemahan ayat tersebut.
“Seperti antum dah baca, ketika itu Saidatina ‘Aisyah r.a
ketinggalan pasukan kaum Muslimin yang dalam perjalanan kembali ke Madinah
untuk mencari kalungnya yang hilang. Selepas itu, beliau duduk di tempatnya
mengharapkan pasukan kaum Muslimin tersebut kembali mencarinya. Kebetulan Safwan
ibnu Mu’attal yang tertinggal juga lalu kawasan itu dan menemui beliau lalu berkata Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji’un dan Safwan mengenali dirinya sebagai isteri Rasulullah SAW. Lalu
Safwan mempersilakan beliau untuk menaiki untanya dan Safwan tadi menarik
untanya sambil berjalan sehingga mereka berjaya menemukan kembali pasukan
Muslimin yang sedang berehat. Sahabat-sahabat yang lain hanya memperhatikan dan
fitnah 'kecurangan Saidatina 'Aisyah' tersebut dimulai dengan tuduhan orang munafik yang diketuai Abdullah bin Ubai.”,
jelas Zul panjang lebar sambil meneguk segelas air.
Azwan masih kelihatan hilang punca dan tak dapat connect dan
sync dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Zul.
“Kalau antum perhatikan, apabila Saidatina ‘Aisyah
ditinggalkan sendirian, tanpa bekalan makanan, minuman dan tempat tinggal di
tengah-tengah padang pasir, kematian akan pasti membayangi beliau. Dan jika itu adalah antum dan apabila
seseorang lalu untuk menyelamatkan antum, antum nak tak ikut dia? atau biarkan je dan
pasrah je mati kat situ?” sambung Zul sambil tersenyum.
Azwan menggeleng kepalanya.
“So, bila Safwan ibnu Mu’attal lalu dan menemui beliau,
lantas beliau terima tawaran beliau untuk menunggangi unta beliau. Tapi akhi, Safwan
hanya menarik untanya dengan berjalan kaki. Dia tak duduk sama-sama dengan
Saidatina ‘Aisyah atas untanya walhal tidak ada satu orang pun melihat mereka
di tengah padang pasir. Ini sebab Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Tapi antum?
Bukan ana nak marah, tapi dalam hal-hal cam ni kena tegas akhi, lebih-lebih
lagi seorang da’ie, insyaAllah… alasan just nak gi bank, bukannya darurat pun… dah
laa bank tu dekat…ana harap antum jelas dalam bab ni dan tolong jangan ulang
benda ni lagi akhi. Boleh jadi mengundang panah fitnah dalam gerak kerja dakwah
kita. Hilang tsiqoh mutarobbi nanti kalau nampak perlakuan antum begini. Kita kena jaga ikhtilat kita akh... Ada
paham?” tanya Zul sambil meneguk satu gelas air lagi sambil melirik ke wajah
saudaranya itu.
Muka Azwan kelihatan merah. Sambil menundukkan muka, dia
berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Setelah selesai membaca surah al-Mulk bersama, Azwan kembali
ke biliknya dan beristigfar banyak kali sebelum tidur.
*Hadith tu boleh je cari kat Google…
******************************************************************************************************
So, Nunggang Bareng Yuk! = Jom Menunggang Motor Bersama! ... :)
"Orang berakal itu bukanlah orang yang pandai mencari-cari alasan untuk membenarkan kejelekannya setelah terjatuh kedalamnya, tetapi orang berakal itu ialah orang yang pandai menyiasati kejelekan tersebut agar tidak terjatuh ke dalamnya lagi".
-Syeikh Yusuf Qordhowi-
first cerpen?? wahh..nice one...peringatan yang bagus..
ReplyDeleteteruskan menulis lagi ye ^^
tq... :) insyaAllah... doakan ye...
Deletealhmdulillah... tguran yg tsembunyi tpi jelas terasa mesejnya... ntm ada bakat yg tsmbunyi rpanya...(^_^)
ReplyDelete:)
Deletealamdulillah, hee. best best .. teruskan menulis haziq :)
ReplyDeleteInsyaAllah... all the best 4 exam... :)
ReplyDeletenice entry~
ReplyDeletetapi -_-'' still tak bleh imagine how come benda mcm tu akhwat ikhwah bleh buat. myb kat indonesia slalu terjadi kot. awkward rasanya kalau terjadi dlm sesuatu jemaah di Malaysia..
btw,teruskan usaha!