Looking for something?

Saturday 16 June 2012

Nunggang Bareng Yuk!


Innalhamdulillah nahmaduhu wanasta'iinuhu wanastaghfiruhu wanaa'uzubillah minsyurruru 'anfusinaa waminsayyi'ati 'amaalina mayyahdihillah falah mudhillalah wa man yudhlil falaa haadiyalah, wa asyhadu alla ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.

Bismillahirrahmanirrahim...

Marilah kita beristighfar sebentar... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM X3

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah atas izin dan rahmatnya marilah kita sama2 merenung dan bersyukur atas segala nikmat yg telah diberikan kpd kita sama ada secara langsung atau tidak, sama ada kita sedari atau tidak. InsyaAllah untuk entry kali ini, saya tulis cerpen yang xseberapa best ni untuk sama-sama kita mengambil pengajaran yang ada dalamnya. This is the first time ok.So, bagi komen-komen yang membina. Selamat membaca!

******************************************************************************************************

Tepat jam 7.10 pagi, Azwan keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke motornya.
Bruuuummmm….Bruuummmmm… Bruuuummmmm…
Mendengar bunyi ngauman motor itu, Zul lantas keluar dari biliknya sambil menyumbat roti di mulutnya…

“Astaghfirullah! Cube duduk diam-diam makan tu… Lama lagi ni nak jalan, tunggu enjin panas dulu. Pi duduk kat kerusi tu.”, tegur  Azwan sambil menunjuk ke arah kerusi di beranda rumah sewa mereka.

“Alaaa, antum bukan tak tahu, kelas kita 20 minit lagi, jalan je dah 15 minit, tu tak kira lagi kalau jamm…Malas laa ana nak duduk, cangkung sudah...”, balas  Zul sambil duduk mencangkung.

"Sape suruh antum tak sarapan awal-awal tadi... Haishh mamat ni... Ade je alasannye...", kata  Azwan .

Itulah kebiasaan mereka berdua sebelum pergi ke kuliah setiap pagi. Setelah enjin motor panas, mereka berdua bergerak menuju ke kampus.

 sekadar hiasan... cute! <3


Setelah habis kuliah, seperti biasa Zul menunggu Azwan di tempat parkir motor. Tapi kelibat  motor Azwan tidak kelihatan. Tiba-tiba bunyi hon kedengaran dari jauh, tiitiiittiiiiiitttt....

“Zul! Sorry aa lambat. Ni tadi ada 'akhwat' minta tolong hantarkan dia pi bank.”, kata Zul memberi alasan.

“Patut aa takde motor. Akhwat? Pi bank? Bukan dekat je ke? Darurat ke? Tak boleh jalan kaki ke? Sejak bila pula kita ada urusan ngan akhwat? “, soalan demi soalan bertalu-talu dilontarkan ke Azwan.

Zul mengharapkan Azwan dapat memberikan jawapan yang munasabah sebagai sebab perbuatannya yang secara terang menyalahi hukum syara’. Azwan hanya diam dan menoleh ke tempat lain.

“Hang nak naik ke ape?”, pelawa Azwan tanpa menjawab soalan Zul sebentar tadi. Zul pun naik tanpa banyak bicara.

“Azwan ni nak kene ni… siap ko balik rumah nanti”, kata hati kecil Zul. (garangnye zul ni... :)

Setelah sampai di rumah, Zul membiarkan Azwan untuk beristirehat dulu sebelum membangkitkan isu tadi. Takut-takut kepenatannya nanti menyebabkan dia tidak dapat menyerap segala ceramah yang akan dilontarkan nanti.

Setelah solat Isya’ di masjid, keduanya makan di ruang tamu sambil menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus di laptop Zul.

"Apa hukumnya kita ....", suara Ustaz Azhar kedengaran bergema ke seluruh rumah sewa tersebut. 

“Akhi, antum still tak jawab soalan ana tadi”, tanya Zul memecah suasana sambil merenung tajam ke arah Azwan.

Azwan sedia maklum lambat laun isu itu bakal dibangkitkan jugak.

“Dia minta tolong laa tadi. Jadi ana pun tolong laa… kan kita mesti tolong orang”, balasnya sambil cuba menetapkan fokusnya ke arah laptop.

Zul lantas mem’pause’ ceramah tersebut dan berkata,

“Antum tahu kan itu salah. Dua orang bukan muhrim naik motor bersama-sama. Dah terang lagi bersuluh. Terang-terang haram laa akhi.”, jelas Zul dengan nada yang agak serdahana tapi tegas.

Suasan menjadi semakin tegang antara mereka berdua… Azwan hanya tertunduk dan diam. 

“Antum pernah dengar tentang kisah Saidatina ‘Aisyah r.a difitnah oleh kaum munafik setelah pulang dari Perang Mustaliq ?”, tanya Zul untuk meredakan ketegangan.

“Haa, pernah tapi x berapa ingat laa akh…” jawab Azwan dengan nada yang perlahan.

“Ni kena baca dulu Hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Tapi memandangkan kita takde Kitab Shahih Muslim, ni ada diceritakan Allah kat Qur’an surah an-Nur ayat 11-20. Habis makan ni antum bawa Qur’an terjemahan antum ke bilik ana”, jelas Zul.*(lihat bawah)

Azwan mengangguk tanda bersetuju. Zul merupakan senior setahun Azwan tapi mereka tinggal di rumah yang sama untuk melancarkan lagi agenda dakwah. Seusai makan, Azwan masuk ke dalam bilik Zul dengan membawa Qur’an terjemahannya dan terus membuka surah yang dikatakan tadi oleh Zul dan membaca terjemahannya + footnote di bawahnya.




“So, apa kaitan dengan hal tadi?”, tanya Azwan dengan penuh tanda tanya selepas membaca terjemahan ayat tersebut.

“Seperti antum dah baca, ketika itu Saidatina ‘Aisyah r.a ketinggalan pasukan kaum Muslimin yang dalam perjalanan kembali ke Madinah untuk mencari kalungnya yang hilang. Selepas itu, beliau duduk di tempatnya mengharapkan pasukan kaum Muslimin tersebut kembali mencarinya. Kebetulan Safwan ibnu Mu’attal yang tertinggal juga lalu kawasan itu dan menemui beliau lalu berkata Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji’un dan Safwan mengenali dirinya sebagai isteri Rasulullah SAW. Lalu Safwan mempersilakan beliau untuk menaiki untanya dan Safwan tadi menarik untanya sambil berjalan sehingga mereka berjaya menemukan kembali pasukan Muslimin yang sedang berehat. Sahabat-sahabat yang lain hanya memperhatikan dan fitnah 'kecurangan Saidatina 'Aisyah' tersebut dimulai dengan tuduhan orang munafik yang diketuai Abdullah bin Ubai.”, jelas Zul panjang lebar sambil meneguk segelas air.

Azwan masih kelihatan hilang punca dan tak dapat connect dan sync dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Zul.

“Kalau antum perhatikan, apabila Saidatina ‘Aisyah ditinggalkan sendirian, tanpa bekalan makanan, minuman dan tempat tinggal di tengah-tengah padang pasir, kematian akan pasti membayangi beliau. Dan jika itu adalah antum dan apabila seseorang lalu untuk menyelamatkan antum, antum nak tak ikut dia? atau biarkan je dan pasrah je mati kat situ?” sambung Zul sambil tersenyum.



Azwan menggeleng kepalanya.

“So, bila Safwan ibnu Mu’attal lalu dan menemui beliau, lantas beliau terima tawaran beliau untuk menunggangi unta beliau. Tapi akhi, Safwan hanya menarik untanya dengan berjalan kaki. Dia tak duduk sama-sama dengan Saidatina ‘Aisyah atas untanya walhal tidak ada satu orang pun melihat mereka di tengah padang pasir. Ini sebab Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Tapi antum? Bukan ana nak marah, tapi dalam hal-hal cam ni kena tegas akhi, lebih-lebih lagi seorang da’ie, insyaAllah… alasan just nak gi bank, bukannya darurat pun… dah laa bank tu dekat…ana harap antum jelas dalam bab ni dan tolong jangan ulang benda ni lagi akhi. Boleh jadi mengundang panah fitnah dalam gerak kerja dakwah kita. Hilang tsiqoh mutarobbi nanti kalau nampak perlakuan antum begini. Kita kena jaga ikhtilat kita akh... Ada paham?” tanya Zul sambil meneguk satu gelas air lagi sambil melirik ke wajah saudaranya itu.

Muka Azwan kelihatan merah. Sambil menundukkan muka, dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Setelah selesai membaca surah al-Mulk bersama, Azwan kembali ke biliknya dan beristigfar banyak kali sebelum tidur.

*Hadith tu boleh je cari kat Google… 

******************************************************************************************************
Kalau kita telusuri, sememangnya hukum naik motor berdua-duaan dengan bukan muhrim adalah haram. Tapi di Indonesia, salah satu wasilah pengangkutan disini adalah dengan menaiki motor.(ojek). Ini dibolehkan tetapi untuk senario seperti cerita di atas,antara kawan dan kawan, perlulah ada sebab yang sangat konkrit seperti terlewat untuk pergi ujian atau hampir miss penerbangan kat airport, baru masuk kategori darurat. Jangan saja-saja. Mula-mula, ingin menolong sebagai kawan, tapi kalau dah berkali-kali, mustahil tak timbul perasaan dan niat yang membawa kita ke lembah maksiat. Syaitan juga berpegang pada moto 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih'...Beringatlah kawan-kawan!

(Based on true story)

Nunggang= Menunggang
Bareng= Sama
Yuk = Jom
So, Nunggang Bareng Yuk! = Jom Menunggang Motor Bersama! ... :)

"Orang berakal itu bukanlah orang yang pandai mencari-cari alasan untuk membenarkan kejelekannya setelah terjatuh kedalamnya, tetapi orang berakal itu ialah orang yang pandai menyiasati kejelekan tersebut agar tidak terjatuh ke dalamnya lagi". 
-Syeikh Yusuf Qordhowi-

7 comments:

  1. first cerpen?? wahh..nice one...peringatan yang bagus..

    teruskan menulis lagi ye ^^

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah... tguran yg tsembunyi tpi jelas terasa mesejnya... ntm ada bakat yg tsmbunyi rpanya...(^_^)

    ReplyDelete
  3. alamdulillah, hee. best best .. teruskan menulis haziq :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah... all the best 4 exam... :)

    ReplyDelete
  5. nice entry~

    tapi -_-'' still tak bleh imagine how come benda mcm tu akhwat ikhwah bleh buat. myb kat indonesia slalu terjadi kot. awkward rasanya kalau terjadi dlm sesuatu jemaah di Malaysia..

    btw,teruskan usaha!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

-baca al-mathurat

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ juzuk dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali dalam masa 30 hari

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.


7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore (al- mathurat)

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ juzuk dari Al-Quran lagi untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali dalam masa 30 hari

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang penulis sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Ayo Baca Qur'an !!!