Bismillahirrahmanirrahim…
Sebelum itu, marilah kita berisghfar sebentar... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM X3
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah atas izin dan rahmatnya marilah kita sama2 merenung dan bersyukur atas segala nikmat yg telah diberikan kpd kita sama ada secara langsung atau tidak, sama ada kita sedari atau tidak. Insyaallah kita seharusnya merasa hina dan rendah diri apabila kita menyedari betapa bergantungnya kita kepada Allah dalam SETIAP aspek dalam kehidupan kita. Penulis ingin mengajak pembaca-pembaca sekalian untuk merasa selalu diawasi oleh Allah iaitu muraqabah dalam kehidupan kita sehari-hari.
Alhamdulillah dengan izinNya dapat penulis ‘mempost’ lagi ke blog ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran demi menjaga kualitas iman dan akidah kita. Insyaallah. Alhamdulillah, penulis sudah 3 minggu berada di UKRIDA, Jakarta untuk mengambil course medic di sini. Dalam masa dua minggu ini, telah banyak cabaran dan dugaan yang penulis alami yang ada sebahagiannya sama senarionya di Malaysia dan sebahagiannya pula berbeda sama sekali dengan tanah air tercinta. Berikut merupakan pendapat penulis mengenai UKRIDA itu sendiri dan bagaimana masyarakat yang ada di dalamnya.
KEHIDUPANKU SEBAGAI SEORANG MAHASISWA…
“Salam perkenalan. Namaku Ayu. Nama kamu siapa?,” sapa seorang mahasiswi yang kebetulan duduk di sebelahku dalam auditorium sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Sebagai seorang ‘pria’ (lelaki) yang telah mendapat tarbiyah dan diberi kefahaman mengenai kepentingan menjaga ikhtilat, aku teringat dengan ayat dalam Qur’an yang popular dalam kalangan ikhwah dan sering disampaikan dalam halaqah ketika di Malaysia,
“Namaku Haziq. Panggil aja aku Haziq,” balasku sambil merapatkan kedua tanganku ala-ala ‘namaste’. (Sebenarnya penulis mempelajarinya tindak balas itu dari kisah Ketika Cinta Bertasbih apabila Azzam bertemu dengan Eliana… huhu… J)
Riak wajah perempuan yang baru sahaja yang aku kenali itu terus berubah serta-merta dan terus kembali memandang ke arah depan tepat ke skrin LCD. Mukanya kelihatan tidak suka dan tidak puas hati tapi ditutupi dengan riak wajah yang dibuat-buat tidak kisah. Aku mengerti bahawa budaya mereka disini, apabila baru berkenalan, harus bersalaman, tidak kira lelaki atau perempuan dan tambahan pula, bagi sesiapa yang tidak menyahut untuk menjabat tangan tersebut dikira tidak sudi berkawan dan dianggap tidak sopan dan sombong.
Sememangnya sebagai seorang manusia yang berperasaan aku merasa tidak senang dan tidak tenang atas insiden di atas. Tambahan pula, dia seorang Islam. Kebetulan ada seorang mahasiswi dari Malaysia yang seangkatan denganku duduk di sebelah Ayu itu. Aku ‘menyignal’ dia dan Alhamdulillah rupa-rupanya dia dari tadi memerhati adegan ‘panas’ tadi dan mengerti akan apa yang cuba aku sampaikan dengan mengangkat kening itu. Dia terus menyapa Ayu dan menerangkan bahawa aku ni seorang muslim. Sebaik sahaja perkataan ‘dia sebenarnya seorang muslim’ disebut, belum sempat dia menyambung kata-katanya itu, Ayu lantas berkata,
“Emangnya kamu muslim ya. Saya pun muslim juga. Asik deh kalau gitu,” katanya sambil melihatku dengan senyuman dan sekali lagi menghulurkan tangannya kepadaku.
Aku sekali lagi membuat reaksi yang sama tetapi kali ini dengan penjelasan yang jelas dan tegas.
“Baguslah kalau kamu pun muslim juga. Saya senang sekali kok. Saya sebagai muslim tidak boleh bersalam dengan cewek yang bukan muhrim saya dowang. Maaf ya… harap kamu mengerti kok…” balasku dengan suara yang jelas tapi disertai dengan senyuman.
Dia langsung mengangguk tanda faham dan kami terus mengalihkan fokus kepada dosen di hadapan yang sedang mengajar. Itu adalah salah satu adegan yang penulis alami yang Alhamdulillah penulis berjaya tangani dengan jayanya dan masih banyak lagi adegan-adegan yang lebih parah tetapi belum ada lagi yang melenting apabila diberi kefahaman seperti tadi.
Kepada para pembaca yang dicintai semua, penulis ingin mengajukan satu nikmat yang telah Allah berikan kepada kita tetapi ramai sekali antara kita yang lupa. Apa dia?
KEBEBASAN
Kita bebas dalam membuat keputusan, bebas untuk berfikir tanpa halangan, bebas untuk beribadat, bebas untuk menuntut ilmu dan macam-macam lagi tetapi adakah kita menyedari bahawa kebebasan ini seharusnya dibatasi dan dipagari dengan syari’at yang hanif dan dasar-dasar yang jelas agar kita tidak diperbudak oleh keinginan dan hawa nafsu kita hingga kaki tergelincir, pemikiran sesat dan seterusnya rugi dunia akirat.
Dalam kes penulis di atas, boleh saja penulis menyalam Ayu tersebut kerana bebas dan tiada siapa yang akan menegur perbuatan tersebut. Segelintir dari masyarakat melabel situasi di atas sebagai darurat dan oleh itu boleh untuk kita bersalaman dengan bukan muhrim. Bagi penulis itu semua hanya alasan dan kita sebenarnya ada pilihan untuk menjaga ikhtilat kita.
Pembahasan mengenai perkara ini ada di sebut dalam buku Tarbiyah Dzatiyah, tulisan Hashim Ali A. dalam Bab Dasar-Dasar Tarbiyah Dzatiyah dalam Al-Qur’an dan Sunnah.
“Kebebasan individu dalam Islam terikat dengan aturan-aturan dan ikatan-ikatan yang membuatnya terkait dengan dasar autentik yang menjadi tujuan Allah menciptakan manusia, iaitu ‘ubudiyah (penghambaan) kepada Allah SWT. Penetapan syari’at ini bukan untuk merampas kebebasan manusia, melainkan untuk menghindarkan manusia agar tidak tergelincir ke dalam jurang kehinaan dan kesesatan. Dalam kurun yang panjang, manusia senantiasa berkutat di dalamnya, jatuh bangun dalam pengalaman-pengalaman mereka, dan pengalaman-pengalaman ini membawa mereka kepada kehancuran generasi.”
Sememangnya ramai yang mengaku Islam tetapi hanya di i.c sahaja, bak kata seorang ikhwah,
"Jangan bimbang andai kita tidak rupawan,
tetapi bimbanglah jika kita berakhlak murahan.
Jangan resah andai kita belum berpasangan,
tetapi resahlah andai masih belum mendapat cinta Allah yang tiada bandingan.
Apalah maknanya punya dunia dan kemewahan,
Andai jiwa miskin tanpa keimanan."
tetapi bimbanglah jika kita berakhlak murahan.
Jangan resah andai kita belum berpasangan,
tetapi resahlah andai masih belum mendapat cinta Allah yang tiada bandingan.
Apalah maknanya punya dunia dan kemewahan,
Andai jiwa miskin tanpa keimanan."
Dalam kelas etika Kristen, dosen penulis ada menyebutkan juga tentang bab ini dalam memperkembangkan potensi diri lalu membuat equation seperti di bawah :
Ternyata jikalau kita kecundang dalam menjadikan nafsu kita sebagai proritas, lebih atas dan tinggi daripada perintah Allah, ingatlah wahai pembaca, itu adalah SYIRIK semata-mata. Na’uzubillah. Ini adalah peringatan untuk diri penulis sendiri dan kepada pembaca sekalian. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengikhlaskan niat kita untuk sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.. Ingatlah seorang da’ie itu sentiasa mencari jalan dan bukannya alasan.
Ya Allah, Yang Pemurah lagi Maha Pengampun, ampunilah dosa hambaMu ini yang selalu saja alpa dan leka akan nikmat yang Engkau berikan. Engkau ampunkanlah dosaku . Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dan umat Islam sejagat. Engkau jauhkanlah kami semua dari api neraka dan masukkanlah kami dalam syurga dengan sifat penyayangMu Ya Allah. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia, fitnah akhirat, fitnah kubur dan juga fitnal al-Masih Dajal laknatullah. Luruskanlah hati kami kepadaMu dan bantulah hati kami ini untuk sentiasa mengingatiMu Ya Allah. Amin.
Semoga apa yang akan penulis nukilkan adalah bermanfaat untuk kita semua mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Insyaallah.
Semoga apa yang akan penulis nukilkan adalah bermanfaat untuk kita semua mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Insyaallah.
wah terima kasih banyak gan atas pengalamanya yang telah agan bagikan
ReplyDeletesalam kunjung gan
sama gan... ane jg baru belajar cara ngeblog... sama2 kita berkongsi pengalaman hidup dengan dilihat kaca mata iman agar kita bisa introspeksi diri. :) salam ukhwah gan. maap, lambat reply nya.
Delete